Kuetiau Kung Fu

Dulu biasa makan kat Bangi. Tapi gambar tu tak menjadi sangat. Tersilap bajet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuetiau Kung Fu

Dulu biasa makan kat Bangi. Tapi gambar tu tak menjadi sangat. Tersilap bajet.

BAHAN-BAHAN

  • Kuetiau
  • 2 biji telur
  • Lada hitam / lada putih
  • Campuran makanan laut / ‘mix seafood’
  • Lobak merah
  • 1~1 setengah sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan air
  • Sayur-sayur lain (jika nak tambah) (sayur kat rumah dah abis la pulak)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi (kalau nak lebih pedas boleh letak lebih)
  • Sos tiram
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur bersama garam dan sedikit lada hitam / putih di dalam gelas.
  • Masukkan kuetiau hingga 3/4 gelas (dah terlebih masuk kueh teow).
  • Tuang dalam kuali yang dah diletakkan sedikit minyak. Ratakan kuetiau supaya menjadi sedikit nipis.
  • Balikkan supaya kedua-dua belah masak.
  • Masukkan dalam pinggan dan sedikit melengkung.
  • Kuah: Tumis bawang putih hingga sedikit perang. Kemudian masukkan makanan laut.
  • Tuangkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air dalam kuali.
  • Masukkan sedikit lada hitam, cili padi, sedikit sos tiram, lobak dan sayur-sayuran.
  • Biarkan kuah sedikit pekat kemudian tuangkan ke dalam pinggan berisi kuetiau tadi. Kalau nak lebih kuah boleh tambah lagi air.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago