kuah kacang sodap..

ni kuah kacang ciptaan sendiri…menjadi kegemaran suami…simple je..tapi sedap,amat sesuai d makan bersama roti,nasi himpit dan satay…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kuah kacang sodap..

ni kuah kacang ciptaan sendiri…menjadi kegemaran suami…simple je..tapi sedap,amat sesuai d makan bersama roti,nasi himpit dan satay…

BAHAN-BAHAN

  • 400 gram kacang tanah (di goreng,buangkan kulit dan kisar halus)
  • 10 biji cili kering (rebus terlebih dahulu selama 10 minit)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 sudu makan serbuk kari
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 2 biji bunga lawang
  • 3 biji cengkih
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 sudu makan gula
  • 1 sudu makan air asam jawa
  • garam secukup rasa
  • 3 cawan air
  • minyak masak secukupnya untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • kisarkan cili kering dan bawang besar bersama sedikit air.kemudian ketepikan.
  • bancuh serbuk kari,kunyit dan cili dengan setengah cawan air.ketepikan.
  • panaskan minyak masak,tumis bunga lawang,kayu manis dan cengkih sehingga naik bau.kemudian masukkan cili kering yang telah di kisar bersama dengan bancuhan kari.masak dengan api yang kecil sehingga garing.
  • selepas itu,masukkan kacang yang telah di kisar.tambahkan dengan 3 cawan air.gaul hingga kacang sebati dengan air.
  • tambahkan air asam jawa,garam dan gula.
  • masak selama 10 minit dengan api yg kecil..gaul selalu bagi mengelakkan kuah daripada hangus.
  • boleh gantikan 3 cawan air dengan air santan bagi yg sukakannya…selamat mencuba..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago