Kuah kacang peanut butter

Untuk mereka yg teringin makan tp tak cukup bahan. Diambil dari buku “Flavors of Malaysia”.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuah kacang peanut butter

Untuk mereka yg teringin makan tp tak cukup bahan. Diambil dari buku “Flavors of Malaysia”.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk dikisar
  • @2 sudu teh bawang putih
  • @1/4 cawan bawang kecil/besar
  • @1 sudu teh halia/lengkuas
  • @cili kering yand dah direbus secukup rasa (saya guna serbuk je)
  • @1/4 cawan serai
  • @1 sudu teh belacan yang dah dibakar (optional)
  • *3/4 sudu teh serbuk ketumbar
  • *1/2 sudu serbuk jintan putih
  • *1/4 sudu teh serbuk kunyit
  • 2 sudu besar air asam jawa pekat
  • 1/2 cawan peanut butter yg crunchy
  • 1/4 cawan santan (saya guna susu segar)
  • 1 suku ke setengah cawan air
  • gula melaka/jawa/perang secukup rasa (saya guna Goldsaft)
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Tambah sedikit air dan kisar bahan kisar sampai jadi pes dan tumis dengan minyak secukupnya.
  • Masukkan bahan bertanda * dan tumis lagi.
  • Masukkan air asam, gula dan garam, goreng sekejap.
  • Masukkan peanut butter, santan/susu dan air dan goreng atas api sederhana sampai naik minyak dan nampak agak-agak cantik, sambil tambah gula or garam lagi jika perlu.
  • — Saya dah cuba beberapa resipi kuah kacang peanut butter ni. Yg ni la yg saya rasa paling okay. Measurement dia memang agak pelik. So agak-agak saja la semasa nak menyediakan bahan. Tak ikut tepat pun tak apa rasanya, sebab saya pun tak reti macam mana nak ukur satu sudu teh halia. Lagi pulak saya buat sikit saja untuk sorg makan, so main agak-agak je. Tp outcome dia bole tahan la jugak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago