Koktel Winter Sonata

Sedap untuk buat pencuci mulut terutama di meja pengantin.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Koktel Winter Sonata

Sedap untuk buat pencuci mulut terutama di meja pengantin.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus agar-agar
  • 3 cawa air
  • 3 cawan gula
  • 1 tin buah-buahan koktel (boleh juga kalau nak campur dengan Nata de Coco atau laici)
  • 1 tin besar susu cair
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula, masakkan agar-agar bersama dengan air, kacau hingga agar-agar tadi dah hancur (tapi ingat kalau boleh tu jangan masukkan air terlalu banyak) nanti agar-agar tu lembik pulak.
  • Apabila dah betul-betul hancur masukkan gula dan kacau lagi.
  • Apabila gula dah hancur, bolehlah masukkan agar-agar tadi ke dalam bekas dan sejukkan biar dia betul-betul keras.
  • Kemudian masak sebentar susu cair itu di atas api yang perlahan agar tidak hangus.
  • Tuangkan susu yang dimasak tadi tu ke dalam buah-buahan koktel itu.
  • Kemudian keluarkan agar-agar yang disejukkan tadi dan sagatkan halus-halus ke dalam mangkuk yang berisi dengan koktel tadi. Selepas itu letakkan ais batu ke dalam koktel itu.
  • Akhir sekali bolehlah dimakan terus atau simpan ke dalam peti untuk lebih sejukkannya. Memang sedap. Cubalah, pasti berselera.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago