Koktail Kastad Buah

Sedap dimakan sejuk2…nyaman je masuk tekak. Belajar dari biras…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Koktail Kastad Buah

Sedap dimakan sejuk2…nyaman je masuk tekak. Belajar dari biras…

BAHAN-BAHAN

  • ** Bahan untuk kastad :
  • 1 cawan tepung kastad
  • 4 cawan air
  • 2 camca besar gula
  • ** Bahan2 lain :
  • 1 tin susu cair (400ml)
  • 1 tin koktail buah2an campuran
  • 1 tin longan
  • Air masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • ** Untuk Kastad : campurkan semua bahan untuk kastad ke dalam periuk dan kacau rata. Masak atas api yang sederhana sambil terus dikacau hingga pekat. Tuang ke dalam loyang dan sejukkan.
  • ** Untuk Kuah : Panaskan susu cair hingga suam-suam kuku sahaja. Masukkan ke dalam bekas / mangkuk besar.
  • Tuangkan air dari fruit coctail dan longan ke dalam susu dan kacau rata.
  • Rasakan manisnya. Jika terlalu manis, tambah air masak secukupnya. Sejukkan.
  • ** Cara Menghidang : Potong kastad berbentuk dadu. Masukkan ke dalam mangkuk kecil untuk menghidang.
  • Masukkan pula buah2 koktail dan longan tadi. Kemudian tuangkan campuran susu sebagai kuahnya. Tambah ketul2 ais jika suka. Siap untuk dinikmati…!
  • ** Untuk jamuan @ open house, campurkan kuah, kastad dan buah2an dlm punch bowl & biarlah tetamu ceduk sendiri…..!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago