Keropok Lekor Fresh

Resipi dari Kelantan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Keropok Lekor Fresh

Resipi dari Kelantan

BAHAN-BAHAN

  • 1.5 kg Ikan sardin/ikan mata besar
  • 500g tepung sagu/kanji
  • sedikit jus asam jawa
  • garam & MSG secukup rasa
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Sedikit ais
  • 2 sudu besar tepung gandum (hanya di gunakan semasa menguli ataupun ditambah ke dalam adunan jika adunan sedikit lembik)
  • Bahan utk sosnya:

    15 btg cili kering,
    5ulas bawang merah,
    5ulas bawang putih,
    (3 bhn ini di kisar halus),
    sedikit jus asam jawa, sedikit air,
    Gula merah/manisan kelantan,
    garam,
    sedikit cuka,
    sedikit bancuhan tepung jagung (utk memekatkan),
    sedikit bijan

  • Untuk proses merebus..kita perlukan seperiuk air dan sedikit minyak masak.
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan, ambil isinya..buang semua tulangnya
  • Isi ikan ditumbuk hingga sedikit hancur..jgn terlalu hancur.
  • Isi ikan yg telah ditumbuk tadi campurkan dgn sedikit jus asam jawa (nk bg hilangkan hanyir ikan) & selepas itu perisakan dgn garam & MSG.
  • Masukkan ais sedikit selepas itu boleh masukkan tepung sagu/kanji. Uli sehingga menjadi doh. Kalau melekat barulah masukkan tepung gandum.
  • Rebuskan seperiuk air & letakkan 1 sudu besar minyak (supaya keropok tak melekat).
  • Mulakan membentuk adunan panjang2 mengikut ketebalan yg diingini..
  • Dah siap di bentuk masukkan keropok dlm air yg mendidih,apabila ia timbul ini menandakan keropok anda sudah masak.
  • Apabila keropok dah ditoskan, biarkan sejuk & barulah bleh dipotong dan di goreng..boleh makan dgn sos nya..
  • Cara membuat sosnya pula, bahan-bahan kisar di masak dgn sedikit air…bila dah mendidih masukkan gula merah,garam,jus asam jawa, sedikit cuka dan bijan. Jika sos tidak pekat barulah masukkan bancuhan tepung jgung.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago