Kerepek Mee Pedas

Resepi mak..kegemaran keluarga, dulu masa kat sekolah laris jual…Seakan mee siput tapi tak…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerepek Mee Pedas

Resepi mak..kegemaran keluarga, dulu masa kat sekolah laris jual…Seakan mee siput tapi tak…

BAHAN-BAHAN

  • Mee kuning 1 kg
  • Cili kering 20~30 tangkai
  • 4 ulas bawang putih
  • 100 ml cuka
  • 7~8 sudu gula
  • Garam
  • Sedikit air (2~3) sudu
  • Minyak untuk menumis & menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Mula-mula kena jemur mee sampai kering
  • Setelah kering, bolehlah digoreng hingga kembang garing
  • kemudian sediakan bahan sira pula
  • Kisar cili kering bersama bawang putih
  • Panaskan minyak untuk menumis sambal sira
  • Tumis cili yang telah dikisar bersama bawang putih tadi hingga garing
  • dah garing, masukkan gula, garam ,gaul sekejap dan masukkan cuka
  • Gaul hingga pekat, masukkan sedikit air sekiranya gule terlalu pekat
  • dah agak-agak siap sambal tu, tutup api dan masukkanlah mee yang dah digoreng tadi . Gaul rata biar semua kena ngan sambal sira tu..
  • Selamat Mencuba!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago