kerabu pucuk betik

sesuai untuk penggemar ulam2 kampung…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kerabu pucuk betik

sesuai untuk penggemar ulam2 kampung…

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kelapa parut (sederhana besar)
  • 10 helai pucuk betik
  • semangkuk kecil bunga betik
  • 20 helai pucuk ubi
  • secekak pucuk paku
  • 2 sudu besar udang kering (ditumbuk halus)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 15 biji cili padi (di tumbuk lumat)
  • 1 biji bawang merah besar (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (di tumbuk)
  • 15 helai daun cekur (dimayang halus)
  • garam secukup rasa
  • 5 biji limau kasturi (di perah)
  • 15 biji buah cekur (ditumbuk lumat)
CARA PENYEDIAAN
  • celurkan pucuk betik dan pucuk ubi.untuk menghilangkan pahit pucuk betik,campurkan sekali pucuk ubi apabila mencelur.angkat dan toskan.celurkan pula bunga betik dan pucuk paku.jangan lupa masukkan sedikit garam apabila mencelur.
  • selepas itu goreng tanpa minyak kelapa parut.masukkan udang kering,cili kisar,cili padi,buah cekur ke dalam kelapa parut tadi.masukkan garam untuk perasa.
  • bahan yang telah di celur tadi dihiris2..gaulkan dengan bahan-bahan yang telah digoreng tanpa minyak itu tadi.kacau rata.
  • setelah siap angkat dan hidang di atas pinggan.jangan lupa perahkan limau kasturi diatas kerabu tadi.
  • siap untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago