Kentang Kolotnyerr(kolonial)

masakan mat saleh zaman kolonial, resepi dari tokwan dulu masa dia jadi jaga rumah mat saleh, la ni jadi makanan tradisi anak cucu cicit (gambar dari laporan masakan)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kentang Kolotnyerr(kolonial)

masakan mat saleh zaman kolonial, resepi dari tokwan dulu masa dia jadi jaga rumah mat saleh, la ni jadi makanan tradisi anak cucu cicit (gambar dari laporan masakan)

BAHAN-BAHAN

  • 5 biji kentang sederhana besar
  • 1 biji telur size A
  • 1 labu bawang besar
  • sedikit kicap lemak masin
  • garam secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • sebuk perasa (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas kulit kentang dan hiris nipis-nipis kentang tersebut (Terpulang samada nak guna pisau atau penyagat)
  • Masukan minyak ke dalam kuali dan masukan kentang tadi. Tutup kuali supaya kentang cepat empuk. Kacau sesekali bagi mengelakkan kentang hangus
  • Apabila kentang kelihatan empuk, gunakan senduk atau sudip tadi untuk mencincang kentang di dalam kuali tersebut sambil terus mengacau.
  • Kemudian masukkan garam, serbuk perasa dan lada hitam
  • Selepas sebati dan rasa masinnya, masukkan bawang besar yang dipotong dadu.
  • Akhir sekali pecahkan telur dan kacau dalam kentang tadi. Masukkan kicap lemak masin (boleh jugak kalau nak guna kicap lemak manis), siap untuk dihidang.
  • Menu ni sesuai sangat dimakan dengan roti atau begitu saja…cubalah. Gambar takde..kalau sesapa cuba bleh la load kat sini nanti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago