kalu dah jelak mkn nasi..boleh la tukar selera dgn resepi ni..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kentang Bol

kalu dah jelak mkn nasi..boleh la tukar selera dgn resepi ni..

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN UTK KULITNYE :-
  • 1 kg kentang
  • 1 sudu makan mentega
  • biskut tawar secukupnye dikisar halus
  • 2 biji telor
  • BAHAN UTK ISINYE :-
  • 300 gm daging kisar
  • 1 sudu makan penuh serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan penuh serbuk jintan halus
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1″halia , 3 ulas b.putih , 5 ulas b.merah
  • BAHAN UTK KUAHNYE :-
  • 3 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1/2 kg tulang lembu/kambing direbus bersama 3 hiris halia (utk dptkan air rebusannye)
  • 3 sudu makan tomato sos
  • 4 sudu makan cili sos
  • 4 sudu makan kicap manis (kicap melayu )
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • garam , gula secukupnye
  • daun sop/bawang dan bawang goreng
  • 1 tin kacang pis
CARA PENYEDIAAN
  • UTK KULITNYE :- kentang dikupas kulit , rebus hingga empuk kemudian dilecek hingga lumat.
  • gaulkan kentang dgn sebiji telur dan mentega hingga sebati.
  • ambil sekepal adunan kentang tadi , isikan intinye dan di buat seperti bola.kepal padat sedikit supaya tak mudah pecah bila digoreng.
  • telor yg sebiji lagi dipukul sedikit, golekkan kentang yg sudah dibulatkan tadi keatas biskut kemudian celup kedlm telur lalu digoreng hingga kuning.
  • UTK INTINYE :- halia , b.putih dan b.merah dikisar , gaul bersama dgn rempah dan daging tadi.
  • tumis daging ,masak hingga kering dan perasakan garamnye. sejukkan.
  • UTK KUAHNYE :- tumis bawang besar hingga wangi kemudian masukkan 2 sudu makan serbuk biskut, kacau sebentar.
  • masukkan 1.5 liter air rebusan tulang , tomato sos , cili sos, kicap lada putih , gula dan garam. masak hingga mendideh. biarkan merenih sebentar, sesuaikan rasanye.
  • utk menghidang :- masukkan kentang bol kedlm mangkuk, siramkan kuahnye dan taburkan daun sop/bawang, bawang goreng dan kacang pis. siap utk dimakan…
  • ***kuahnye tidak pedas…jadi utk yg suka pedas bolehlah dimkn bersama kicap cilipadi (cilipadi ditumbuk dan gaulkan dgn sedikit kicap).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN