Bagaimana cara nak masak Kek Span Gebu Gebas?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Span Gebu Gebas
Bagaimana cara nak masak Kek Span Gebu Gebas?
BAHAN-BAHAN
- 200 g gula pasir
- 220 ml air panas
- 5 biji telur
- 1 sudu teh esen vanila
- 100 g mentega
- ½ cawan susu pekat
- 150 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu makan soda bikarbonat (diayak)
Bahan A
Bahan B
CARA PENYEDIAAN
- Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
- Masakkan gula pasir di dalam kuali sehingga cair. Masukkan air panas dan masak sehingga larut. Tapis dan ketepikan.
- Pukul telur dan esen vanila sehingga kembang dan gebu.
- Pukul mentega dan susu pekat di dalam mangkuk lain sehingga naik dan kembang.
- Campurkan adunan telur ke dalam adunan susu pekat dan mentega.
- Masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat berselang-seli dengan gula hangus. Kacau rata.
- Masukkan ke dalam loyang.
- Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 50-60 minit.
- Sejukkan dan potong. Sedia dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.