mudah dan senang
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek span
mudah dan senang
BAHAN-BAHAN
- 3 biji telur
- 1 cawan tepung gandum (100g)
- 1 cawan gula (110g) – kalau nak kurang manis kurangkan gula
- 2 sudu kecil susu segar
- 15g butter – panaskan susu dan cairkan butter di dalamnya
- esen vanila
CARA PENYEDIAAN
- panaskan oven ke suhu 180 darjah. asingkan telur putih dan kuning. pukul kuning telur dan 1/3 gula sehingga telur menjadi keputihan
- dalam bekas lain pukul putih telur bersama baki gula tadi sehingga kembang dan bertanduk.
- masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul rata
- masukkan kuning teluar yg telah dipukul tadi ke dalam adunan.
- masukkan campuran susu dan butter dan sedikit esen vanila. pukul hingga sebati.
- masukkan dalam loyang dan bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.