Atas permintaan kawan yang tak makan telur…kek tetap gebu dan moist… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Minyak Tanpa Telur (Marble)

Atas permintaan kawan yang tak makan telur…kek tetap gebu dan moist… :)

BAHAN-BAHAN

  • ADUNAN PUTIH :-
  • 1 3/4 cawan tepung gandum}
  • 1 sk baking soda} – ayak bersama
  • 1/2 sk baking powder}
  • 1 cawan gula halus (akak guna 3/4 cwn)
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
  • 1 cawan air panas/susu segar panas
  • 1 sk esen vanilla
  • ADUNAN COKLAT :-
  • 1 1/2 cawan tepung gandum}
  • 1/4 cawan serbuk koko}
  • 1 sk baking soda}
  • 1/2 sk baking powder} – diayak bersama
  • 1 cawan gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan minyak
  • 1 sb cuka makan/cuka apple/jus lemon
  • 1 cawan air panas/susu segar panas
  • 1 sk esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk adunan putih, campurkan bahan2 kering ke dalam mangkuk dan kacau rata. Dalam mangkuk berasingan, campurkan bahan2 basah. Tuang bahan2 yang basah ke dalam adunan bahan2 kering dan whisk hingga sebati dan adunan tak bergintil. Ketepikan.
  • Lakukan proses yang sama untuk adunan coklat.
  • Marblekan adunan putih dan coklat berselang-seli di dalam loyang bergris dan alas kertas. Lorekkan adunan sedikit.
  • Bakar kek pada suhu 160C selama 45 min – 1 jam atau hingga kek masak ikut kepanasan oven masing2.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN