Kek Marble Trio

Lembut dan gebu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Marble Trio

Lembut dan gebu.

BAHAN-BAHAN

  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung* (*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 20 g air
  • 1/2 camca teh esev vanila
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yang telah diayak tadi. Gaul rata dengan mentega. Ketepikan.
  • Dalam mangkuk yang kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  • Menggunakan kelajuan yang tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  • Perlahankan kelajuan, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dengan coklat emulco, satu lagi dengan strawberi emulco dan satu yang adunan kosong dicampur dengan esen vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing-masing).
  • Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang-seli hingga habis.
  • Bila sudah siap. Ambil penyepit (‘chopstick’) atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. Jangan terlebih pusing, cukup sekadar 3 – 4 kali pusingan.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 – 45 minit, bergantung pada oven masing-masing. Jika selepas 45 minit dan apabila dicucuk dengan lidi satu di bahagian tengah-tengah kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dengan tudung periuk dan tambah masa membakar 5 – 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan “tudung periuk” ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago