Resipi dari Planta & Lady’s Choice… =)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Marble Santan & Pandan

Resipi dari Planta & Lady’s Choice… =)

BAHAN-BAHAN

  • 6-7 helai (40g) daun pandan besar
  • 125ml air
  • 300g mentega / marjerin
  • 450g gula kastor
  • 6 biji telur ayam
  • 400g tepung naik sendiri
  • 1¼ sudu teh rata (5g) baking powder
  • 50g tepung kastard
  • 125ml santan
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung naik sendiri, baking powder dan tepung kastard bersama-sama.
  • Hiris daun pandan dan masukkan ke dalam pengisar bersama air dan tapis untuk dapatkan sari (air) pandan sebanyak 125ml.
  • Pukul mentega / marjerin dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu, pukul adunan sehingga sebati setiap kali telur dimasukkan.
  • Masukkan bahan yang diayak, kaup dan balikkan ia menggunakan sudip besi (jangan dipukul).
  • Bahagikan adunan sama banyak menjadi dua bahagian. Masukkan sari pandan pada salah satu adunan manakala yang satu lagi masukkan santan. Campurkan adunan secara kaup dan balikkan (jangan dipukul).
  • Sapukan sedikit mentega / marjerin dan tepung pada loyang kek ukuran 20cm. Sudukan kedua-dua adunan kedalam loyang sehingga setengah ke dua pertiga penuh. Kemudian lalukan pisau ke dalam adunan untuk cipta kesan marble.
  • Bakar dalam oven pada suhu 160°C kira-kira 35-45 minit atau sehingga kek berwarna kuning keemasan. Cucukkan lidi di tengah kek, jika lidi bersih dan tidak melekit, tanda kek masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN