Kek marble mudah

Kek paling mudah untuk dibuat, sukatan pakai cawan je, bahan2 pun memang biasanya ada kat rumah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek marble mudah

Kek paling mudah untuk dibuat, sukatan pakai cawan je, bahan2 pun memang biasanya ada kat rumah

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan mentega/margerin
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula
  • 2 cawan tepung (nk pakai tepung biasa blh, self raising blh atau tpg biasa tambah bp pun blh)
  • pewarna dan perasa ikut suka
CARA PENYEDIAAN
  • putar mentega bersama gula sampai kembang
  • kemudian masukkan telur satu persatu
  • lepas tu bolehlah masukkan tepung
  • bahagikan adunan kepada 3 bekas. Setiap satu letakkan pewarna dan perasa yang digemari. Cth: kaler oren, perisa oren.Kalau xnak letak perasa, letak esen vanilla pun boleh aje.
  • Lengserkan loyang dengan margerin. Letak adunan sesudu demi sesudu berselang. cthnya : mula2 letak sesudu kaler oren, pastu letak sesudu kaler coklat diatas kaler oren tadi, lapis mcm tu je. Hasilnya akan jadi mcm kek saya di atas. x perlu kacau pakai lidi. just letak sesudu demi sesudu kedalam loyang hingga habis.
  • kemudian blh dibakar pada suhu 170 darjah selama 30-40 minit. pepandai le tgk kek tu dh masak blm…cucuk kalau x melekat tu masak lerr
  • selamat mencuba dan merasa. buat kek ni kejap je..simple dan sedap..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago