Kek Marble Chantek

kek yg senang dan tak memerlukan banyak bahan, sume yg sedia ada!
diubahsuai mengikut citarasa baru dari resepi abg mat. kredit kepada abg mat! ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Marble Chantek

kek yg senang dan tak memerlukan banyak bahan, sume yg sedia ada!
diubahsuai mengikut citarasa baru dari resepi abg mat. kredit kepada abg mat! ;)

BAHAN-BAHAN

  • 300 gm butter
  • 280 gm tepung gandum
  • 250 gm gula kastor (jika tiada, kisar gula biasa hingga halus)
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 20 gm susu tepung
  • 7 biji telur
  • 1/4 cawan susu pekat / susu segar
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • sedikit perwarna hijau & merah
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung bersama dengan serbuk penaik terlebih dahulu.
  • Putar mentega bersama gula kastor hingga kembang.
  • Masukkan sebiji telur dan putar hingga kembang. selepas itu baru masukkan telur kedua, dan seterusnya.
  • Masukkan esen vanilla ke dalam adunan tadi. Putar lagi.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikt ke dalam adunan yang telah diputar.
  • Masukkan susu tepung.
  • Masukkan pula susu pekat ke dalam adunan tadi.
  • Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Masukkan serbuk koko dan perwarna ke dalam adunan yg telah dibahagikan. (serbuk koko dan perwarna ni perlu dibancuh dengan sedikit air terlebih dahulu)
  • Selepas itu, masukkan adunan ke dalam loyang yang telah dilapik dengan kertas surih. (bagi mengelakkan kek melekat pada loyang. kalu tak de kertas surih, sapukan mentega sekeliling loyang).
  • masukkan adunan yang telah dibahagikan tadi dalam loyang berselang-seli. (nak bagi nampak kaler yang cantek..)
  • Adunan akan nampak lebey kurang macam ni setelah dimasukkan ke dalam loyang. (nak bagi lg cantek, guna chopstick and kacau sedikit adunan yg dah dimasukkan ke dalam loyang)
  • Final step,, masukkan adunan tadi dalam ketuhar (180 darjah celcius) selama 45 minit. Selepas tu.. dah bule makannn! cuba lahh. ;)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago