Kek Madeira berkrim

resepi kek ini saya cuba dari website http://www.bbc.co.uk/food/recipes/database/madeiracake_73878.shtml
tapi telah saya ubah rupa bentuknya sedikit mengikut tekak sendiri ;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Madeira berkrim

resepi kek ini saya cuba dari website http://www.bbc.co.uk/food/recipes/database/madeiracake_73878.shtml
tapi telah saya ubah rupa bentuknya sedikit mengikut tekak sendiri ;)

BAHAN-BAHAN

  • (terjemah dari web diatas)
  • 175g butter, suhu bilik
  • 175g gula caster
  • 3 biji telur (saya guna saja apa2 saiz)
  • 250g tepung naik sendiri, tepung gandum pon boleh tapi kena letak bikarbonat
  • 3-4 sudu besar susu segar
  • 1 biji hirisan kulit lemon/limau sunkist
  • topping:
  • 200-300g double cream/whipped cream
  • 20g gula halus
  • cokelat rice dan beberapa biji strawberry (atau apa saja buah-buahan kegemaran anda) untuk hiasan
  • oleh kerana tema saya rona kemerahan, sedikit pewarna merah diperlukan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven – 180 darjah celsius, sapu minyak/mentega pada tin pembakar anda.
  • Pukul butter dan gula sehingga nampak gebu. Masukkan dan pukul telur sebiji demi sebiji, sehingga sebati. Tambahkan satu sudu tepung beserta telur yg terakhir untuk mengelakkan tepung berketul.
  • Ayak tepung dan masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit, beserta susu segar yg cukup (sehingga adunan boleh meleleh secara lambat bila dikaut dgn sudu). Masukkan hirisan kulit lemon. Kacau hingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam tin pembakar dan bakar selama 30minit.
  • Sementara menunggu kek dibakar, tuangkan double cream dan gula halus ke dalam bekas. Masukkan sedikit pewarna merah untuk menjadikan cream berwarna pink. Pukul menggunakan pemutar sehingga double cream menjadi pekat dan lemak. Simpan di dalam peti ais.
  • Potong 5-7 biji strawberry nipis-nipis.
  • Apabila kek telah masak, biarkan sejuk. Kemudian, apabila telah sejuk, belah kek kepada dua bahagian, asingkan atas dan bawah. Sapukan cream yang telah dipukul tadi diatas bahagian bawah kek, susun strawberry yang telah dihiris nipis, dan letakkan kembali kek (bahagian atas) yang telah dipotong tadi.
  • Sekarang, tutup kek anda dengan kesemua cream yang ada dan hias mengikut kreativiti anda dengan strawberry dan cokelat rice yang ada (saya tak berapa kreatif, jadi, gambar haru biru sikit. hehe)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago