Kalau ada yang rasa kek yang satu itu susah dibuat, kek ini senang sedikit kalau ada yang ingin mencuba. Resipi asal daripada seorang kawan di Sarawak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Tepung Pulut

Kalau ada yang rasa kek yang satu itu susah dibuat, kek ini senang sedikit kalau ada yang ingin mencuba. Resipi asal daripada seorang kawan di Sarawak.

BAHAN-BAHAN

  • 25 biji kuning telur
  • 4 biji putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • 4 sudu makan susu pekat
  • 110 gram tepung pulut
  • 16 oz mentega (2 buku)
  • 2 sudu teh ovallate
  • 1 gelas tepung gandum
  • 1 botol kecil Horlick
  • 3 jenis pewarna (ikut suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul telur dengan gula kastor hingga kembang. Masukkan ovallate.
  • Mentega dipukul di tempat lain hingga agak keputihan dan pekat.
  • Satukan kedua adunan tadi. Pukul lagi biar sebati.
  • Masukkan susu, tepung pulut & tepung gandum. Gaul lagi biar sebati.
  • Akhir sekali bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Masukkan pewarna yang disukai dalam setiap adunan.
  • Sediakan acuan yang telah dilapik dengan kertas minyak @ disapu mentega.
  • Ambil 5 sudu makan dari adunan tadi dan bakarlah selama 5-10 minit. Bila dah tiga suku masak, lapiskan adunan dari warna yang lain pula.
  • Buatlah begitu berselang-seli hingga habis.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN