kek lapis osborne (kek lapis asam manis)

kek kukus yang tidak menggunakan tepung…hanya menggunakan biskut osborne yang diblender halus…masa mengukus lebih kurang 2 jam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kek lapis osborne (kek lapis asam manis)

kek kukus yang tidak menggunakan tepung…hanya menggunakan biskut osborne yang diblender halus…masa mengukus lebih kurang 2 jam

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan serbuk biskut osborne (300gm biskut osborne diblander halus)
  • 1 1/2 cawan gula halus
  • 2 cawan marjerin
  • 1 tin susu pekat manis
  • 10 biji telur ayam – asingkan putih dengan kuning
  • 10 – 15 bungkus asam manis
  • 2 camb esen vanila
  • 1 camb soda bikarbonat
  • pewarna hijau (boleh juga guna warna lain)
CARA PENYEDIAAN
  • blander biskut osborne menjadi serbuk. sukat 2 cawan.
  • Asingkan putih telur dengan kuning. Pukul putih telur sehingga kembang. ketepikan.
  • dalam bekas lain, pukul marjerin dengan gula sehingga kembang. masukkan kuning telur satu persatu. pukul sebati.
  • kemudian masukkan putih telur yang dipukul tadi. mix sehingga sebati
  • masukkan susu pekat manis. pukul lagi hingga sebati.
  • masukkan serbuk biskut osborne sedikit demi sedikit sehingga habis sambil dipukul sebati. kemudian masukkan esen vanila dan soda bikarbonat.
  • kaup balik adunan menggunakan spatula sehingga sebati. kemudian asingkan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan hijau dan 1 adunan tidak diwarnakan.
  • alaskan petitin bulat dengan kertas tebal (seelok2nya kertas elephant card atau kad manila) di bahagian dasar dan tepi. bahagian tepi hendaklah dialas lebih tinggi dari petitin kerana kek akan naik 2 kali ganda.
  • masukkan adunan tidak berwarna kedalam petitin lebih kurang 3 senduk. kukus selama 15-20 minit. cucuk dengan lidi untuk menentukan adunan dah masak. sekiranya belum masak jangan diangkat. kukus lagi.
  • apabila lapisan pertama masak…angkat dan lapiskan dengan kepingan asam manis. kemudian masukkan 3 senduk adunan berwarna hijau pula. kukus lagi 20 minit atau sehingga masak.
  • buatlah berselang seli sehingga adunan habis…2 lapisan hijau dan 2 lapisan putih…antara lapisan diselang seli dengan asam manis…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago