Kek Lapis India

Kek untuk penggemar coklat. Sesuai untuk Perayaan dan makan-makan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis India

Kek untuk penggemar coklat. Sesuai untuk Perayaan dan makan-makan..

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji telur
  • 16 oz mentega
  • 2 gelas gula halus
  • 1 tin kecil susu manis
  • 1 gelas tepung roti marie
  • 1 gelas Nestum beras putih (Nestle Rice Cerelac bayi 6 bulan)
  • 2 tin kelapa kering
  • 2 botol coklat Cadburry
  • Nota: Acuan 9’x9′
  • 2 bekas kosong
  • Penekan kuih
CARA PENYEDIAAN
  • 1. Gula dan telur dipukul sampai kembang.
  • Mentega dipukul sehingga kembang dan putih di dalam bekas yang berasingan.
  • Campurkan mentega (2) ke dalam adunan (1) pukul hingga sebati.
  • Kemudian, masukkan satu persatu; susu manis, tepung roti marie, Nestum, dan kelapa kering. Gaul rata.
  • Bakar lapisan pertama (gunakan senduk lauk sederhana besar utk meletakkan adunan pada 4 penjuru acuan dan sesudu di tengah acuan dan ratakan keseluruhan lapisan). Bakar guna api bawah sehingga kekuningan.
  • Setelah masak lapisan pertama, tekan lapisan tersebut dengan penekan kuih (untuk meratakan bahagian yang mengelembung) selepas itu, susunkan coklat cadbury satu persatu sebanyak 60 keping setiap lapisan. Kemudian letakkan adunan kuih di setiap penjuru (5) dan ratakan.
  • Ulangi urutan lapisan berselang seli dengan lapisan coklat sehingga habis.
    Bakar tiap lapisan dengan menggunakan api atas.
  • Note: Acuan 9” x 9”
  • Lapisan coklat : 5 Lapis (60kepingx5=300 keping)
  • Lapisan kuih : 6 Lapis
  • * Ni untuk yang suka makan coklat boleh la letak coklat penoh tapi bagi yang tak suka manis2 boleh kurangkan coklat tapi kena lebihkan adunan kuih…

    Selamat Mencuba..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago