Kek Lapis Batik Sutera

Alah membuat, tapi menang memakan & menang berjimat :) … kek lapis Sarawak dengan keunikan tersendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Batik Sutera

Alah membuat, tapi menang memakan & menang berjimat :) … kek lapis Sarawak dengan keunikan tersendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 10 biji telur gred A
  • 200gm gula kastor
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bahan B:
  • 450gm mentega (mentega asli)
  • 380gm susu pekat manis
  • Bahan C:
  • 150g kaya
  • 100gm Horlicks
  • 250gm tepung Hong Kong
  • Untuk warna: hijau epal & merah
  • 1/3 cawan air sejuk (dari peti ais)
CARA PENYEDIAAN
  • Cara sediakan adunan kek:
  • Dalam bekas besar, pukul bahan A sampai gebu (hingga tahap macam buat bahulu tu). Memang lama..bila dah ringan & gebu tu, campurkan air sejuk sedikit kemudian kacau dan campurkan air sejuk lagi dan kacau lagi (campurkan sedikit demi sedikit).
  • Dalam bekas berasingan, gaul sebati bahan B (tak perlu guna pengadun, senduk sudah memadai).
  • Kemudian masukkan campuran bahan B ke dalam campuran bahan A. Kacau hingga sebati. Selepas tu campurkan pula bahan C dan kacau sampai sebati lagi.
  • Setelah tu, bahagikan kepada 3 warna iaitu 4 senduk (dalam 4-5 sudu besar) untuk masing-masing warna merah & hijau; selebihnya itu warna asal.
  • Cara bakar kek: Panaskan oven, api bawah sahaja, dengan 250C. Griskan loyang saiz 8x8x4 inci. Macam saya hari tu saya letak kertas memasak di sekeliling (sebab tak yakin, takut melekat).
  • Masukkan adunan warna merah & hijau tu masing-masing ke dalam bekas sos (seperti dalam gambar), agar senang nak paipkan nanti.
  • Tuang satu senduk warna asal dalam loyang (tengok gambar). Bila mula membakar, tukar api oven kepada api atas sahaja. Bakar hingga kekuningan. Bila siap, bawa keluar dari oven, tekan-tekan sedikit dengan belakang senduk (supaya tak menggelembung dan untuk biar ia rata, sepatutnya ada alat untuk buat ni tapi saya tiada, guna senduk). Ulang buat sampai warna asal dapat 4 lapis.
  • Siap warna asal, sekarang buat lapisan warna-warni pula. Paipkan warna selang-seli (seperti dalam gambar). Kemudian bakar. Bila kekuningan, bawa keluar dari oven dan sama jugak, tekan bahagian gelembung tu (jika ada). Untuk lapisan warna-warni yang kedua, paipkan warna atas berbeza dengan warna bawah (contoh, kalau bawahnya warna merah, atasnye paipkan pulak warna hijau & begitu seterusnye). Ulang buat hingga adunan warna-warni tu habis.
  • Untuk lapisan atasnye, ulang buat cara sama dengan mula-mula tadi iaitu dengan mengguna warna asal – buat sampai 4 lapis.
  • Bila siap kekuningan lapisan yang terakhir, tukar kepada oven api bawah, turunkan suhu kepada 190C begitu, kemudian bukakan sedikit pintu oven. Biarkan sebegitu dalam 10-15 minit.
  • Bila siap, bawa keluar dari oven, telangkupkan atas pinggan/bekas kek (bahagian bawah kek sekarang jadi bahagian atas).

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago