Kek Kurma dengan sos karamel

Simple dan sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Kurma dengan sos karamel

Simple dan sedap

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung superfine
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh garam halus
  • 1 cawan air
  • 1 ½ cawan kurma yang dibuang biji
  • 2 biji telur gred B
  • ½ cawan gula perang-dikisar halus
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • ½ cawan minyak sayuran
  • Untuk sos karamel:
    1/2 cawan gula perang
    1/2 cawan heavy cream
    2 sudu besar mentega
    1 sudu teh esen vanilla
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan ketuhar pada suhu 165 C
  • Oleskan loyang dengan mentega dan lapikkan dengan kertas minyak
  • Masakkan kurma dengan air hingga mendidih dan tutup api. Masukkan baking soda dan gaul rata(anda akan nampak tindakbalas buih2 putih selepas baking soda dicampurkan).
  • Ayakkan tepung, baking powder dan garam dalam mangkuk.
  • Dalam mangkuk lain, pukul telur dan vanilla hingga kembang dan putih. Tambahkan serbuk gula perang dan pukul lagi hingga sebati.Kemudian, masukkan minyak dan kacau sekata.
  • Lenyek sedikit kurma yang telah dimasak tadi dengan sudu dan setelah itu masukkan kurma tersebut di dalam adunan telur dan gula tadi dan gaul sekata.
  • Akhirnya masukkan tepung dan gaul hingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam loyang yang telah di lenser dan bakar selama 30minit atau sehingga masak pada suhu 165C. Sementara menunggu kek masak boleh buat sos karamel.
  • Untuk sos karamel:
    Campurkan semua bahan di dalam periuk dan masak dengan api sederhana. Kacau selalu.
  • Perlahankan api dan gaul hingga gula larut. Tak perlu tunggu mendidih tutup api setelah adunan pekat dan sebati.
  • Hidangkan bersama date cake atau kek kurma yang suam suam bersama aiskrim vanilla.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago