kek kukus tradisi

kek wajib mak semasa menyambut hari raya atau sebarang keraian..hehehehe~~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kek kukus tradisi

kek wajib mak semasa menyambut hari raya atau sebarang keraian..hehehehe~~

BAHAN-BAHAN

  • **saya guna bekas planta 500gram untuk sukatan kek ni..
  • 2 3/4 mangkuk tepung gandum (sukat selepas diayak)
  • 500gram butter / marjerin (butter lebih sedap)
  • 6 biji telur (jika saiz kecil..kalau besar,guna 5 biji aje..)
  • 1 mangkuk gula halus
  • 2 camca teh bicarbonate of soda
  • 2 camca teh cream of tartar
  • 1/2 camca teh serbuk buah pala
  • sekotak kecil mixed fruit
  • sedikit esen perisa oren
  • sedikit esen perisa vanila
  • 2 cawan teh gula pasir untuk dihanguskan
CARA PENYEDIAAN
  • putar butter bersama gula halus sehingga gebu dan keputih-putihan.
  • masukkan telur 1 demi 1 ke dlm adunan butter&gula td sambil terus memutar adunan. putar sehingga adunan betul2 gebu.
  • ayak tepung gandum yg telahpun diayak td bersama bicarbonate of soda dan cream of tartar. kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dlm adunan butter td sambil dikacau dengan senduk kayu.
  • kacau sampai semua sebati,kemudian boleh masukkan serbuk buah pala (perlu diayak ke dalam adunan).
  • kemudian masukkan esen oren dan vanilla dan kacau lg sampai rata. kemudian masukkan mixed fruit dan kacau lg. (tinggalkan sikit mixed fruit utk ditabur di atas kek)
  • panaskan gula pasir td di atas api paling perlahan (jgn tambah walau setitik air pun) sehingga betul2 cair tetapi jgn sampai terlalu hangus.
  • setelah cair, segera tuangkan ke dalam adunan tepung td dgn berhati-hati tetapi perlu cepat kerana gula akan cepat mengeras. kaup balikkan adunan dgn kadar segera sehingga gula hangus td sebati dengan bahan lain td.
  • selepas tu, bolehlah panaskan air kukusan di dalam periuk kukus sehingga betul2 mendidih. pastikan air mencukupi untuk 4 jam seterusnya.
  • berbalik kepada adunan td, masukkan ke dalam periuk pengukus dan taburkan mixed fruit td di atasnya. jgn terlalu byk kerana boleh memberatkan kek dan tak cantik nanti.
  • *boleh juga guna bekas plastik microwave yg berpenutup.isi 1/3 sahaja drp. isipadu bekas. selesai mengisi adunan dalam bekas,jika guna periuk,tutupkan dgn kain kasa dgn kemas dan ikat dgn tali di sekeliling mulut periuk supaya kain tegang dan tak beralih.jika guna bekas2 plastik microwave, pastikan anda menutup dgn penutup yg telah sedia ada.
  • selesai step mengisi adunan, letakkan bekas2 atau periuk ke dlm tempat kukus dgn kadar segera. pastikan pengukus berada dlm keadaan stabil kerana akan mempengaruhi bentuk kek nanti. biarkan dikukus selama 4 jam api sederhana. tepat selepas 4 jam, segera padamkan api dan angkat kuih dgn berhati2.
  • siap…. =D

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago