Kek Kukus Simple – Sprite

Sgt mudah, takde butter, takde baking powder, tak payah oven, cuma soft drink! Resepi asal drp Peony Egullet.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Kukus Simple – Sprite

Sgt mudah, takde butter, takde baking powder, tak payah oven, cuma soft drink! Resepi asal drp Peony Egullet.

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telor
  • 130gm/ 10sb gula castor
  • 1 sk ovalette (optional)
  • 1 sk esen vanila
  • 150gm/1.5 cawan tepung gandum(ayak)
  • 120ml@1/2 cawan Sprite
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul gula dan telor sampai betul-betul kembang. Campur ovalette dan esen vanila. Pukul lagi beberapa minit.
  • Masukkan 1/3 drp tepung ke dalam adunan di atas, kemudian tambahkan 1/2 drp Sprite. Masukkan tepung selebihnya dan diselang dengan air sprite sampai habis. Gaul sebati.
  • Masukkan adunan dalam loyang yang telah dilengser dengan sedikit margerin atau gunakan kertas minyak.
  • Akhir sekali, kukus sehingga masak dalam 45 minit.
  • Sejukkan dulu kek sebelum dipotong kerana kalau tengah panas kek mudah berderai bila potong.
  • Note 1: Kek seperti di gambar tu tak pakai ovalette sbb takde, tp lembut jek, kalau pakai ovalette lagi gebu kot..
  • Note 2: Boleh pakai air berkarbonat apa jenis pun, nanti kek tu ikut kaler air, kalau guna Sprite/7Up/ Ice cream sode, mmg colorless lah. Kalau tak suka manis, kurangkan gula.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago