Kek Kukus Buah-Buahan Basah

Resipi dari makcik, ramai yang telah mencuba dan puas hati dengan hasilnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Kukus Buah-Buahan Basah

Resipi dari makcik, ramai yang telah mencuba dan puas hati dengan hasilnya.

BAHAN-BAHAN

  • 600 gram tepung gandum
  • 300 gram gula halus
  • 5 biji telur – besar (kalau gred B – 8 biji)
  • 2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
  • 1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
  • 2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Sedikit pewarna coklat (‘Sarsaparilla liquid brown’)
  • 2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
  • Kertas kuih
  • Lapisan aluminium
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu. Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan. Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendap ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
  • Tepung gandum dan soda diayak. Ketepikan.
  • Menggunakan pemukul tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati.
  • Masukkan esen vanila dan pewarna coklat dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.
  • Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering. Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan gaul sebati dengan adunan mentega.
  • Masukkan tepung yang telah diayak ke dalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur. Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
  • Menggunakan periuk tak melekat yang ada pemegang, masak 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih. Hati-hati gula hangus ni panas.
  • Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang ke dalam adunan tepung dan kacau menggunakan senduk kayu (jangan pakai senduk plastik nanti cair) dengan cepat sehingga adunan sebati. Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
  • Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata. Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap ke dasar kek bila ia dikukus.
  • Alaskan kertas kuih di dalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung. Kemudian tuang adunan tepung ke dalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan lapisan aluminium dan kukuslah selama 4 jam. Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu tapi untuk kek tahan lebih lama kukuslah selama 4 jam.
  • Hasilnya selepas dikukus.
  • Nota: Sewaktu buat, kukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi. Bila buat kek buah, makcik cakap biarlah cukup sekadar pukul dengan tangan dan jangan gunakan mesin, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering. Sebaiknya menggunakan campuran buah-buahan yang boleh anda beli dari Phoon Huat atau Bake with Yen, kerana buah-buahannya lebih lembap dan warnanya pun menarik.

    Telah mencuba setengah adunan dan dalam menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci. Kek ini boleh tahan selama 6 bulan, caranya bungkus dengan aluminium dan simpan dalam peti sejuk. Bila hendak menghidangkan, keluarkan 3 jam lebih awal dan biarkan ia lembut kemudian potong dan hidangkan.

  • Jika anda tidak berapa suka kek buah yang terlalu lembap (basah) boleh mencuba resipi Kek Kukus Buah-Buahan Lembap http://resipidiana.blogspot.com/2006/10/kek-kukus-buah-buahan-basah-dan-kek.html dan boleh baca apa kata mereka yang telah mencubanya :)

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago