Kek Keladi

Seperti yang dijanjikan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Keladi

Seperti yang dijanjikan…

BAHAN-BAHAN

  • Kek:
  • 250 gram campuran kek span
  • 5 biji telur (gred A)
  • 1/2 sudu besar ovallate
  • 40 ml air
  • Krim Keladi:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (gred A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • KEK :
  • Kek: Panaskan oven. Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan pengadun hingga kembang. Bakar pada suhu 170 darjah.
  • Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan pemotong kek atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
  • KELADI:
  • Krim Keladi: Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
  • Kisar keladi dengan air dan telur. Masukkan ke dalam periuk. Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati – santan, gula, tepung gandum, tepung jagung, gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
  • Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi ke atasnya.
  • Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya. Ulang untuk lapisan yang ketiga. Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan perata.
  • Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering ke seluruh bahagian kek.
  • Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
  • Nota: Kek ini mengandungi santan, jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan, simpan dalam peti ais.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago