resipi daripada Noraini Zakaria (kompilasi hidangan kek) dan telah diubah suai.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KEK KEJU

resipi daripada Noraini Zakaria (kompilasi hidangan kek) dan telah diubah suai.

BAHAN-BAHAN

  • Lapisan Bawah :
  • 1 cawan biskut krim kraker (hancurkan)
  • 3 sudu besar mentega
  • 3 sudu besar gula
  • – campur semua bhn ni dan padatkan dalam acuan, bakar lebih kurang 10 minit.
  • Lapisan Atas :
  • 250gm krim keju
  • 50gm gula kastor
  • 50gm air susu ( boleh guna susu segar, susu cair, susu UHT @ air suam yg dibancuh dgn susu tepung)
  • 50gm mentega
  • 3 biji kuning telur
  • 5 sudu makan tepung jagung
  • Bahan B :
  • 40gm gula kastor
  • 2 biji putih telur
  • 1/4 sudu teh serbuk krim tartar
  • – satukan bhn ini dan pukul hingga gebu dan kental (klu diterbalikkan mangkuk ke bawah ia xjatuh)
CARA PENYEDIAAN
  • 1. pukul krim keju, gula kastor,mentega dan tepung jagung sehingga kembang.
  • 2. kemudian masukkan air susu dan kuning telur, pukul lagi sehingga sebati dan berkrim.
  • 3. kemudian, masukkan bahan B yg sudah dipukul tadi dan gaul perlahan2 sehingga sebati. selepas itu tuang adunan ke atas biskut yang telah dibakar.
  • 4. sediakan acuan yg besar daripada acuan tadi dan isikan air 1/4 penuh. masukkan acuan kek ke dalamnya dan bakar selama 1 1/2 jam pada suhu 160 darjah.
  • 5. sejukkan pada suhu bilik sebelum dimasukkan dalam peti sejuk. hiaslah dengan krim putar @ topping kegemaran seperit jem blueberry dsbgnya….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago