Resipi dari koleksi terbaru buku mat, “At Home With Amy Beh”….sedap lahh!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Karot Berkismis

Resipi dari koleksi terbaru buku mat, “At Home With Amy Beh”….sedap lahh!!!

BAHAN-BAHAN

  • 185 g mentega
  • 160 g gula perang
  • 20 g gula halus (gula kastor)
  • 4 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g satu biji), asingkan kuning dan putih
  • 150 g parutan lobak merah
  • 1 camca besar parutan kulit oren
  • 3 camca besar jus oren*
  • 60 g kismis*(*disatukan dan biar terendam)
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 45 g kacang walnut, dicincang kasar
  • 185 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*(*digaul dan diayak)
CARA PENYEDIAAN
  • Cuci lobak merah (kurang lebih 2 batang), buang sedikit kulit luar dan parut halus.
  • Pukul mentega bersama gula perang hingga berkrim. Masukkan kuning telur satu persatu dan juga esen vanilla sambil terus memukul hingga kembang.
  • Perlahankan speed mixer dan masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan kismis yang direndam bersama2 dgn jus oren tadi, parutan kulit oren dan juga parutan lobak merah. Gaul hingga semua rata dan mesra.
  • Sementara itu dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur bersama2 gula halus sehingga kental dan bertanduk.
  • Dengan menggunakan spatula, gaul putih telur tadi dengan adunan lobak merah dgn kaedah “kaup balik” sehingga sebati dan rata.
  • Masukkan cincangan kacang walnut dan gaul perlahan hingga rata.
  • Tuang dalam acuan kek yang telah disapu dgn mentega (perlu sapu rata2, terutama bahagian dasar acuan) dan ditabur sedikit tepung, ketuk keluar lebihan tepung dan kalau guna acuan empat segi, alas dasar tin dgn kertas minyak. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 45 – 50 minit. Sejukkan 10 minit sebelum dikeluarkan dari acuan. Biar sejuk dan boleh diayakkan gula asing jika suka. (guna kaedah mencucuk lidi sate dibahagian tgh kek jika keluar bersih, ok kek dah masak).
  • Sesiapa yang tak pasti macam mana rupa dan bentuk kacang walnut, boleh rujuk kat gambar ye..rupa dia mmg tak hansem, mengerutu macam katak puru…tapi tetap menawan uu…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN