Sukatan cawan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Karamel Pelangi

Sukatan cawan

BAHAN-BAHAN

  • (A) – Bahagian Gula Hangus
    2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
    *tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jd perang, jangan sampai hitam nanti pahit. Ratakan ke seluruh loyang.
  • (B) – Bahagian Atas (Karamel)
    1/2 tin susu cair, akan jadi nipis macam dalam gambar. Boleh letak 1 tin untuk lebih tebal.
    3/4 cawan gula kastor
    1/2 sudu teh esen vanila
    3 bj kuning telur
    * Optional 1 sudu besar tepung kastard
  • (C) – Lapisan Kek
    1 1/2 cawan tepung gandum
    1 sudu teh baking powder
    3/4 cawan gula kastor
    3 biji kuning telur
    135ml air biasa
    45ml minyak masak
  • (D) – Cara Buat Merinque
    6 biji putih telur
    3/4 cawan gula kastor
    1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk bahagian karamel, kacau semua bahan sampai sebati. jangan bagi berbuih, nanti tak cantik karamel.
    Tapis dan tuang dalam loyang berisi gula hangus. Tak payah bakar, biar je.
    Untuk lapisan kek, pukul telur, gula, air dan minyak sampai gula hancur.
    Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam adunan. pukul/ kacau sampai sebati. Ketepikan.
    Untuk meringue, pukul telur putih sampai jadi foam, ringan dan bila terbalik tak jatuh. masukkan krim tartar, pukul sebentar.
    masukkan gula, pukul sampai hancur.
    Masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. bahagikan pada beberapa warna.
    Sendukkan tiap warna 1 senduk berulang-ulang sampai abis.
    Panaskan oven 160 darjah, bakar secara double-boiled/ water bath selamat 50-60 mintit.
    Dah masakkan, sejukkan dalam oven selama 10 minit. Biarkan tepi loyang sedikit jarak.
    Terbalikkan, dan lap air lebihan dari karamel supaya tak diserap kek.
    Sejukkan lagi sedap.

    More info:

    Untuk meringue, jangan campur bahan2 tersebut sekaligus, kalo tak pukul 14jam pon takkan kembang2 (berpengalaman)..
    Water bath ialah cara membakar dalam oven dengan mengisikan sedikit air dalam bekas letak loyang, ataupon masukkan air dalam loyang lebih besar, then letak loyang kek. paham ke? cam gelong2 je info ;p
    jangan riso bila nak masukkan adunan kek dalam karamel, sebab adunan tepung akan terapung dengan sendiri tau. decorate je ikut kreativiti masing2, tak tepek2 je ke, pelangi ke, memanjang ke… ape2 pon boleh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN