Kek kukus Sarawak yg lembap dan menjadi juadah di hari lebaran. Keenakannya hampir sama dgn kek belacan yg juga popular di Sarawak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Hitam Manis

Kek kukus Sarawak yg lembap dan menjadi juadah di hari lebaran. Keenakannya hampir sama dgn kek belacan yg juga popular di Sarawak

BAHAN-BAHAN

  • 450g Mentega berkualiti
  • 200g Gula halus
  • 10 biji telur saiz A
  • 1 penutup botol esen vanilla
  • 1 tin kecil susu pekat manis/krimer manis
  • 1 tin sederhana serikaya
  • 1 tin kecil nestle cream
  • 200g horlicks
  • 3 botol browning sugar atau secukupnya(sehingga adunan cukup hitam)
  • 200g tepung hong kong/tepung gandum
  • 1 sudu teh ovalete
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan pengukus(pastikan air pengukus diisi hampir penuh agar tidak mudah kering), oleskan loyang dengan mentega dan ditaburkan rata dengan tepung.
  • Mentega(pastikan pada suhu bilik) dipukul bersama gula halus sehingga berkrim dan putih. Masukkan sebiji telur(pecahkan di dalam mangkuk terlebih dahulu untuk mengelakkan sekiranya ada telur busuk) dan pukul lagi..setelah sebati,baru masukkan sebiji lagi telur. Ulangi langkah ini sehingga telur habis.
  • Masukkan satu persatu- esen vanilla,susu,serikaya,nestle cream,horlicks,ovallete dan tepung gandum(setiap kali masukkan setiap bahan,pukul dengan sebati baru masukkan bahan seterusnya.
  • Kemudian,masukkan browning sugar dan gaul sehingga benar2 sebati.
  • Masukkan ke dalam loyang yg sudah dioles tadi dan kukuslah selama 4 jam. Pastikan air pengukus sudah mendidih ketika kek mula dikukus.
  • Pastikan kek sudah sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan daripada loyang. Selamat mencuba! :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN