Kek Epal Hijau

Bagaimana cara nak masak Kek Epal Hijau?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Epal Hijau

Bagaimana cara nak masak Kek Epal Hijau?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 250 g mentega
  • 170 g gula perang
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh garam
  • 250 g tepung naik sendiri (diayak 3 kali)
  • 5 sudu makan susu tepung
  • 2 biji epal hijau
  • Bahan B (Bahan Hiasan)
  • 3 sudu makan gula perang
  • 1 sudu makan serbuk kulit kayu manis
  • 1 biji epal hijau (dihiris sederhana tebal)
CARA PENYEDIAAN
  1. Sapu mentega ataupun marjerin pada loyang. Alas dasar dan dinding loyang dengan kertas pembakar (baking sheet).
  2. Masukkan mentega dan gula perang di dalam mangkuk dan pukul sehingga ringan dan gebu.
  3. Masukkan telur satu per satu, esen vanila, dan garam. Pukul rata. Ketepikan.
  4. Masukkan tepung naik sendiri berserta susu tepung di dalam bekas lain. Kacau rata.
  5. Parut kasar epal hijau ke dalam adunan tepung. Kacau sebati.
  6. Masukkan adunan tepung dan epal hijau sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega yang dipukul. Kacau rata.
  7. Masukkan ke dalam loyang. Hiaskan dengan hirisan epal hijau.
  8. Gaul gula perang dan serbuk kulit kayu manis. Taburkan di atas adunan kek.
  9. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 180°C api bawah sahaja selama 40-45 minit.
  10. Sejukkan dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago