Kek Coklat versi RK

Kek Coklat ni agak mudah cara membuatnya. Resepi ni telah di’edit oleh Ibu saya. Saya dah mula buat kek ni semenjak dari Form 2 lagi..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat versi RK

Kek Coklat ni agak mudah cara membuatnya. Resepi ni telah di’edit oleh Ibu saya. Saya dah mula buat kek ni semenjak dari Form 2 lagi..

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 2 1/2 Cawan Tepung Gandum
  • 3/4 cawan serbuk koko (van houten )
  • 450g gula kaster (1paket)
  • 250g butter ( buttercup)
  • 1 sudu kecil serbuk bicarbonat of soda
  • 1/2 sudu kecil garam
  • Bahan B
  • 1 1/2 cawan susu segar dutch lady
  • 4 biji telur ayam
  • 4 sudu kecil cuka
  • Topping
  • 2 sudu besar minyak masak
  • serbuk koko ( ikut citarasa )
  • susu pekat ( ikut citarasa )
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan A dalam mangkuk dan gaul sebati. ( tidak berketul )
  • Apabila sudah sebati, masukkan 1/2 cawan susu segar dan gaul sebati.
  • Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji dan teruskan menggaul.
  • Masukkan 1 cawan susu segar dan gaulkan.
  • Masukkan 4 sudu cuka.
  • Kemudian masukkan adunan ke dalam bekas kek yang telah disapu dgn butter dan tepung.
  • Bakar pada suhu 180 darjah dalam masa 45 minit.
  • * kalau tak masak lagi, just tambah masa smpai kek masak. Bleh cucuk kek dengan lidi atau pencucuk kek utk pastikan kek dah masak atau belum.
  • Topping bleh je letak selepas kek agak sejuk..Hiaslah sesuka hati…

    Selamat Mencuba ya !!

  • Topping : cairkan semuanya dalam periuk atas dapur….dah sebati,tak berketul2..dah siap…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago