Kek coklat moist berkeju

Resepi asal Devil’s chocolate cake tapi sy tukar nama hehe..kek ini tidak muak kerana rasa coklat yg enak bercampur dgn rasa cream keju yg sedap. Tekstur kek juga lembab kerana menggunakan buttermilk dan air. Sy bakar 2 buku untuk birthday ank2 buah dan mereka sgt sukakannya!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek coklat moist berkeju

Resepi asal Devil’s chocolate cake tapi sy tukar nama hehe..kek ini tidak muak kerana rasa coklat yg enak bercampur dgn rasa cream keju yg sedap. Tekstur kek juga lembab kerana menggunakan buttermilk dan air. Sy bakar 2 buku untuk birthday ank2 buah dan mereka sgt sukakannya!

BAHAN-BAHAN

  • 2 cwn tepung serbaguna
  • 1 cawan serbuk koko (untuk hidangan family sy suka menggunakan serbuk koko Cadbury,Delfi,Hershe atau Van Houten kerana rasanya yang lazat)
  • 11/2 sdt baking soda
  • 1/2 sdt garam
  • 1/2 cwn butter (115 gm) dilembutkan pada suhu bilik.
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan gula kastor
  • 3 biji telur saiz besar
  • 11/2 sdt esen vanilla
  • 1 cawan buttermilk ( 1 cawan susu sejat/full cream/segar + 2 sdb jus lemon)
  • 1 cwn air panas
  • Bahan-bahan untuk membuat frosting krim keju:
  • 250 gm keju – dibiarkan pada suhu bilik
  • 125 gm butter – dilembutkan pada suhu bilik
  • 1 cwn gula aising
  • 1 sdt esen vanilla
  • sedikit jus lemon
  • BAHAN UNTUK COKLAT GANACHE:
  • 200ml double cream/whipping cream (lebih kurang sekotak yg kecil)
  • 250gm chocolate cooking,dipotong dadu (sy suka brand van houten/colatta atau beryls)
  • secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven pada suhu 350’F/180’c
  • Sapukan butter pada kertas pembakar dalam loyang kek (saya gunakan loyang bulat 9 x 13 inchi)
  • Ayak tepung bersama-sama baking soda,serbuk koko dan garam.Ketepikan.
  • Menggunakan mixer high speed,putar butter dan gula hingga sebati dan kembang.Kemudian masukkan telur satu persatu, putar lagi hingga semua bahan sebati.
  • Turunkan mixer pada level rendah, masukkan bahan-bahan kering berselang-seli dgn bahan cecair, kacau hingga sebati dan tiada ketulan.
  • Bakar selama 45-60 minit.
  • Kek yg telah dimasak disejukkan terlebih dahulu sebelum di belah dua dan disapukan dengan krim keju.Jika mempunyai loyang yg lebih kecil bole di bakar dlm 2 loyang jadi tidak perlu dibelah dua.Kemudian cantum semula kek tersebut dan curahkan coklat ganache agar menutupi seluruh permukaan kek. Hias pula dgn coklat curl atau hiasan yang anda gemari.
  • CARA MEMBUAT KRIM KEJU:
  • 1-Putar krim keju dan butter sehingga sebati,kemudian letakkan gula aising,esen vanilla dan jus lemon. Teruskan memutar hingga gebu.
  • CARA MEMBUAT COKLAT GANACHE:
  • 1-Menggunakan kaedah double boiler, panaskan double/whipping cream hingga hampir mendidih.
  • 2-Kemudian masukkan coklat masakan, dan garam. Kacau rata hingga sebati. Hiaskan kek dengan coklat ganache apabila coklat telah disejukkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago