Project Description

Resepi baru ..rasanya sama sahaja dengan yang orang jual kat mana2…cubalah…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Moist (Bakar)

Resepi baru ..rasanya sama sahaja dengan yang orang jual kat mana2…cubalah…

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 2 penutup vanila essence
  • secubit garam
  • 3 cawan gula
  • 3 cawan minyak jagung
  • 2 cawan air panas
  • 6 biji telur
  • 1 tin susu cair
  • BAHAN-BAHAN UNTUK TOPPING
  • 1 penutup vanila essence
  • 2 1/2 sude besar tepung jagung
  • 1 1/2 cawan susu segar full cream
  • 7 Sudu serbuk koko
  • 6 sudu besar gula
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak tepung tepung gandum, serbuk koko, soda bicarbonat & garam.
  • pukul telur,gula, minyak, dan vanilla essence
  • campur bahan no. 1 dan no. 2 smpai sebati..
  • akhir sekali tambah air panas sambil adunan di kacau
  • masukkan ke dalam loyang
  • bakar dalam oven 185 ‘C selama 45-50 minit…..
  • ambil lidi dan tengok adunan masih melekat atau tidak.. jika masih melekat..tambah bakar lebih kurang 10 minit lagi…@ sehingga adunan betul2 masak
  • Untuk Topping..
    Campur semua bahan tadi kecuali tepung jagung…
  • Ambil sedikit susu dan larutkan tepung jagung bersamanya… Panskan bahan tadi … Bila semua bahan mula masak, tmbah sedikit demi sedikit larutan tepung jagung sehingga pekat…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.