Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Tambah koleksi kek coklat anda

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Kukus Lapis Cheese

Tambah koleksi kek coklat anda

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 150gm butter
  • 100gm coklat masakan
  • Bahan B
  • 10 biji kuning telur – Gred A
  • 5 biji putih telur
  • 225gm gula castor
  • 1 sudu besar ovalette (bumbun)
  • Bahan C
  • 125gm tepung gandum/superfine
  • 25gm tepung jagung
  • 1 tsp baking powder
  • 30gm serbuk koko
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • Bahan untuk lapisan cheese
  • 250gm cream cheese
  • 100gm coklat masakan putih
  • 2 biji telur gred A
  • 30gm tepung gandum/superfine
CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan bahan A dan sejukkan.
  • Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.
  • Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.
  • Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  • Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
  • Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.
  • Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
  • Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk lapisan kedua. Lapisan kedua – masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika kek tidak masak adunan akan mendap.
  • Kalau suka boleh la ganache kan kek. Yang ini kak ogy x ganache kek sb anak2 suka jugak kalau kek kosong je. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago