Kek Coklat Itali

Kek hari jadi anak saya tadi. Kek ni lembut & tak terlalu pekat. Rasa coklatnya. Kek ni cepat hangus, kena selalu jenguk oven.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Itali

Kek hari jadi anak saya tadi. Kek ni lembut & tak terlalu pekat. Rasa coklatnya. Kek ni cepat hangus, kena selalu jenguk oven.

BAHAN-BAHAN
  • 200g coklat masakan (dipotong kecil)
  • 2 cawan mentega (dicairkan)
  • 2 sudu besar Horlicks coklat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 4 biji telur
  • 2 kuning telur
  • 2 sudu besar gula
  • 4 sudu besar tepung naik sendiri
  • 100g cip coklat
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan coklat masakan dan mentega dalam periuk. Gaul campuran ini sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan Horlicks coklat dan serbuk koko ke dalam campuran coklat.
  • Dalam mangkuk biasa, pukul telur, kuning telur sehingga agak kembang. Kemudian, masukkan gula dan tepung naik sendiri. Pukul sebentar sahaja @ sehingga sebati.
  • Kemudian, masukkan campuran coklat tadi ke dalam campuran telur. Gaul perlahan.
  • Setelah sebati, masukkan ke dalam acuan yang telah dilenser dengan mentega. Lebih elok jika menggunakan acuan ‘springform’. Mudah untuk keluarkan kek sebab kek memang lembut.
  • Akhir sekali, taburkan cip coklat di atas kek. Coklat tidak tenggelam tetapi melekat di atas kek. (Selain untuk menambahkan rasa kek, ia juga untuk menghias kek sebenarnya).
  • Bakar 20 – 30 minit (ikut jenis oven) @ 200 darjah. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago