Resepi kek ini saya ambil dari Merpati66.fotopages cuma tambah sedikit F&N Skuas Oren-rasanya masam-masam manis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek buah tanpa telur-2

Resepi kek ini saya ambil dari Merpati66.fotopages cuma tambah sedikit F&N Skuas Oren-rasanya masam-masam manis.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm buah campuran
  • 1 1/2 cawan gula ising (boleh dikurangkan ikut suka kita)
  • 2 cawan air (saya guna air yang telah dimasak)
  • 1 cawan F&N skuas oren
  • 120 gm mentega
  • 4 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sk serbuk rempah campuran (ikut suka nak letak atau tidak)
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan 1 cawan air, buah campuran dan gula serta F&N skuas oren, dimasak hingga gula larut dengan api yang perlahan.
  • Masuk mentega, kacau rata dan tambah 1 cawan air lagi. Sejukkan dalam peti ais.
  • Esoknya, keluarkan dan biarkan sementara campuran buah-buahan tadi sementara itu ayak tepung beserta serbuk rempah campuran sekurang-2nya 3x.
  • Masuk tepung yang telah diayak kedalam buah campuran dan kacau rata.
  • Griskan loyang dan bakar sehingga kek masak. Tuan/puan mesti dah otai bila kek masak. SELAMAT MENCUBA DAN TQ kepada tuan punya resepi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN