Kek yang mudah & sedap sangat….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Batik Simple
Kek yang mudah & sedap sangat….
BAHAN-BAHAN
- 1 peket Milo (yang paling kecil)
- 1 tin susu cair (biase guna susu Carnation)
- 1 buku mentega Buttercup
- 1 cawan gula halus
- 1 biji telur ayam
- Serbuk koko (dalam 1 sudu besar)
- 1 1/2 peket biskut Marie (lebih sedap kalau gune biskut Marie biasa bukan yang perisa koko)
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut Marie).
- Cairkan semua bahan-bahan tu dengan api yang kecil.
- Kacau bahan-bahan tu sampai pekat (dalam 15 minit).
- Bila dah pekat, tutup api dan masukkan biskut Marie dan kacau sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan ke dalam loyang dan mampatkan.
- Pastu, masukkan dalam peti sejuk untuk keraskan. Kalau dah keras baru sedap dimakan…selamat mencuba.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.