Karipap Pusing

Sesuai untuk sarapan pagi atau juga minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karipap Pusing

Sesuai untuk sarapan pagi atau juga minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • *Doh berminyak* :
  • 150 gm (marjerin + shorterning atau2 apa jenis minyak sayur) ** saya dah removed bhn crisco
  • 300 gm tepung gandum
  • ………………………………
  • *Doh biasa*:
  • 700 gm tepung gandum
  • Satu sudu kecil garam
  • Air (anggaran dlm 2 cawan, klu doh lembik tambah sdkt tepung )
CARA PENYEDIAAN
  • Sila lihat gambar langkah demi langkah di bawah.
  • Langkah 1 : marjerin + crisco, di uli dgn 300 gm tepung .. uli hingga doh licin dan tidak melekat.
  • Uli doh sampai seolah-olah berminyak. Kalau penat nak uli yang doh besar uli yang kecik-kecik lagi cepat. Kalau tak uli dengan betul nanti doh seolah-olah pecah bila goreng nanti. Doh karipap jadi macam berderai. Jadikan kepada 8 doh.
  • Langkah 2 : 700 gm tepung gandum + air + air garam.
  • Uli hingga licin juga ikut seperti langkah 1 dan bahagikan kepada 8 doh.
  • Langkah 3 : Ambil doh biasa canaikan sedikit jangan besar sangat dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut semula menjadi doh yang besar.
  • Langkah 4 : Ambil doh yang telah dijadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis saiz seperti saiz roti canai (lihat gambar di bawah). Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian gulung seperti menggulung tikar. Memandangkan saya tak boleh nak masukkan gambar langkah seterusnya sila ke pautan di sini untuk penerangan gambar yang lebih jelas http://wanitaniaga.com/resepi/?cat=4
  • Langkah 5 : Setelah itu, anda akan dapat 2 doh gulungan tikar. Ambil satu doh gulung tikar dan canai/terap lagi dalam keadaan melonjong hingga nipis dan berhati-hati semasa mencanai ni.. biarkan bentuknya lonjong (seperti gambar di bawah), kemudian gulung semula seperti gulungan tikar dan ikut langkah seterusnya . (Proses menggulung adalah sebanyak 2 kali di sini).
  • Langkah 6 : Doh yang telah di gulung kali kedua kemudian di potong kepada 4 bahagian. Terpulang kepada masing-masing hendak potong berapa bahagian, bergantung kepada saiz doh yang telah di gulung.
  • Setelah doh dipotong, canaikan semula (seperti cara membuat karipap biasa) dan letakkan inti karipap. Kemudian kelim seperti biasa.
  • Dah siap dan nampaklah jalur gemilang karipap tu. Boleh di simpan di dalam peti sejuk selama seminggu.
  • # Resepi asal saya ambil dari forum cari.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago