^ Karipap Daging / Ayam

sangat mudah + sangat sedap! resepi daripada ibu… ^_~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

^ Karipap Daging / Ayam

sangat mudah + sangat sedap! resepi daripada ibu… ^_~

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Doh:
  • ??500g tepung gandum
  • ??4 sudu besar marjerin / butter (dipanaskan)
  • ??4 sudu besar minyak masak (dipanaskan)
  • ??8 sudu besar air
  • ??2 cubit garam
  • ??1 biji telur
  • Bahan Inti:
  • ??2 cawan daging / ayam (cincang halus atau beli je daging kisar)
  • ??3-4 biji ubi kentang dipotong dadu 1cmX1cm (bergantung kepada saiz. karipap ni tak banyak kentang. daging / ayam yang lebih)
  • ??sedikit lobak merah (jika suka)
  • ??sedikit daun sup (dikerat halus) dan daun bawang / kucai (dikerat 1 inci panjang)
  • ??3-4 biji cili api dicincang halus (jika mahu pedas)
  • ??1 sudu besar serbuk jintan manis
  • ??1 sudu besar serbuk jintan putih
  • ??1 sudu besar serbuk lada hitam
  • ?? garam secukup rasa
  • ?? air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • masukkan kesemua bahan doh ke dalam home bakery / breadmaker. atau uli dengan tangan sehingga doh mudah dicanai dan dikelim.
  • rebus daging bersama rempah sehingga masak (masukkan air sehingga daging tenggelam. air jangan banyak supaya mudah kering).
  • masukkan ubi kentang dan bahan-bahan inti yang lain. masak sehingga kering dan dibiarkan sejuk.
  • setelah inti sejuk, bolehlah doh dicanai, diletakkan inti dan dikelim. goreng dalam minyak terendam yang kurang panas sehingga kekuningan.
  • *** pastikan api dapur perlahan dan minyak tidak begitu panas untuk mendapatkan kulit karipap yang tidak menggerutu.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago