Karipap berinti daging Ala Secret Recipe

Sesiapa yang mahukan kelainan dalam rasa inti karipap, boleh cuba inti resepi saya ni. Resepi mama dan nenek saya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karipap berinti daging Ala Secret Recipe

Sesiapa yang mahukan kelainan dalam rasa inti karipap, boleh cuba inti resepi saya ni. Resepi mama dan nenek saya.

BAHAN-BAHAN

  • inti
  • Kentang 5 biji- dadu
    kalau nak jimatkan masa- rebus separuh masak kentang ni selepas didadu.
  • Bawang besar 3 biji- dadu
  • Daun kari 2 tangkai
  • Ketumbar dan jintan manis- Disangai dan dikisar halus- 5 sudu besar (campur)
  • rempah kari daging 5 sudu
  • Daging kisar (ayam atau lembu)- disangai utk keringkan air (1 paket) -Jenama Ramly.
  • Garam, gula, perasa- secukup rasa
  • Cili kering yang dikisar -ikut rasa sendiri.
  • Telur rebus – 9 biji (belah 6) ikut suka
  • Tepung/kulit karipap
  • Tepung gandum – 1/2 kilogram
  • Minyak masak + butter- dipanaskan
  • Air sejuk peti ais- 50ml (cukup utk menjadikan doh)
  • garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk membuat inti, panaskan minyak masak. Tumis bawang merah,bawang putih dan daun kari hingga naik bau. Kemudian tambahkan rempah ketumbar dan jintan manis. Masukkan cili merah dan biarkan agak garing. masukkan daging cincang serta rempah kari daging dan biarkan seketika sehingga empuk.
    Masukkan kentang yang telah direbus dan akhir sekali bawang dadu. Biarkan inti masak dan letakkan perasa secukupnya. Biarkan sejuk.
  • Untuk tepung- panaskan minyak + butter dan tuangkan ke dalam tepung yang telah digaulkan dengan sedikit garam. Gaulkan sehingga menjadi ‘bread crumb’ dan masukkan air sejuk peti ais. uli sehingga menjadi doh. Canaikan dan terap menggunakan acuan karipah agar mendapat saiz yang sekata.
  • Isikan inti dan telur rebus dan terapkan dengan menggunakan acuan karipap. Goreng karipap dengan menggunakan minyak penuh dan apabila warna bertukar menjadi kekuningan, angkat dan toskan. Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago