Kari Sayur

ada kelainan rasa dari kari biasa…boleh dikatakan hidangan yg lengkap… :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Sayur

ada kelainan rasa dari kari biasa…boleh dikatakan hidangan yg lengkap… :)

BAHAN-BAHAN

  • 1/2kg daging lembu dipotong nipis
  • 1/4 biji kobis dipotong kecil
  • 1 btg lobak potong memanjang
  • 2 biji kentang didadu besar sedikit
  • 8 biji bawang kecil *
  • 6 biji lada merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • sedikit lengkuas *
  • sedikit belacan bakar *
  • kisar bahan2 bertanda * diatas
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 btg serai diketuk
  • 3 helai daun salam (klau suka)
  • 1/4 cwn air asam
  • 2 sdt serbuk jintan manis
  • 1 sdt serbuk jintan putih
  • 2 sdm serbuk ketumbar
  • 1/2 kotak kara jadikan 1 mangkuk santan
  • garam , gula secukup rasa
  • 1 biji tomato dipotong 6
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak..tumis bawang hiris hingga layu kemudian masukkan bahan2 kisar, serai dan rempah2 serbuk tadi..masak hingga wangi.
  • kemudian masukkan daging dan garam..gaul rata, tutup periuk hingga mendideh dan daging empuk..hendak lah dikacau sekali sekala.
  • selepas itu masukkan lobak dan kentang..masak hingga empuk.
  • masukkan pula santan, air asam, daun salam dan gula..masak hingga mendideh, cukupkan rasanye..
  • akhir sekali masukkan kobis dan tomato..dikacau sebentar..boleh lah dimatikan api.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago