Kari Kofta

Dihidangkan bersama Roti Naan atau Bhatura.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Kofta

Dihidangkan bersama Roti Naan atau Bhatura.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram daging cincang, dikepal bulat
  • 2 biji kentang, dipotong dadu
  • 2 batang lobak merah, dipotong dadu
  • 2 biji tomato, dibelah empat (jika suka)
  • 4 batang lada hijau, dibelah dua (jika suka)
  • 1 liter air
  • 2 inci kayu manis
  • 3 batang bunga cengkih
  • 4 kelopak bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga, ditumbuk pecahkan
  • Daun ketumbar secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • ½ – ¾ cawan gajus
  • 2 sudu makan cili kisar/ 12 tangkai lada kering
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar (yang telah disangrai)
  • 1 sudu teh serbuk jintan halus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh serbuk kayu manis
  • 2 sudu makan rempah kari daging
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau menggunakan api yang sederhana. Sentiasa dikacau untuk elakkan rempah dari hangus.
  • Kemudian masukkan ½ liter air bersama kentang dan lobak yang telah dipotong dadu. Kacau rata dan reneh dalam 5 minit. Kemudian masukkan lagi lebihan ½ liter air, masukkan garam, serbuk perasa dan kacau sebati.
  • Kemudian masukkan daging yang telah dikepal bulat dan biarkan sebentar tanpa dikacau – untuk elakkan daging tersebut hancur. Gunakan api yang sederhana besar. Selepas 5 -10 minit kacau dengan perlahan dan masak sehingga dagingnya masak dan kentang dan lobak empuk.
  • Akhir sekali, masukkan tomato, lada hijau dan daun ketumbar. Digaul rata dan padam apinya.
  • Nota: Daging cincang yang telah dikepal bulat boleh anda celupkan ke dalam putih telur dan goreng sedikit. Angkat dan toskan. Jika tak mahu goreng pun boleh macam yang saya buat. Jika mahu letak kacang pis atau kacang kuda pun boleh lagi sedap. Jika kuahnya pekat sangat, boleh anda tambahkan air.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago