Kari Kepala Ikan Simple

Resepi dari emak saya. Untuk beginner seperti saya, resepi ni amat sesuai sekali.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Kepala Ikan Simple

Resepi dari emak saya. Untuk beginner seperti saya, resepi ni amat sesuai sekali.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ketul kepala ikan merah
  • 1 inci halia *hiris
  • 1 ketul bawang putih *hiris
  • 1/4 bawang besar *potong dadu
  • 3 sudu serbuk kari *bancuh dengan air
  • 1/4 tin susu cair F&N
  • 1/4 cawan jus asam jawa
  • Sedikit daun kari
  • Sayuran (carrot, kentang, bendi etc mengikut citarasa sendiri)
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis halia, bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  • Masukkan serbuk kari yang sudah dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air mengikut tahap kepekatan yang diinginkan.
  • Masukkan kepala ikan. Masak dengan api perlahan.
  • Masukkan sayuran. Selepas itu, masukkan susu cair. Agak-agaklah nak lemak tahap mana. Masukkan daun kari.
  • Akhir sekali, masukkan jus asam jawa. Perasakan dengan garam dan gula. Sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago