Kari Kambing Biri-biri

resipi sendiri, tanpa santan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Kambing Biri-biri

resipi sendiri, tanpa santan…

BAHAN-BAHAN

  • Rempah – rempah kering:
  • 1 paket rempah tumis
  • 1 tablespoon ketumbar (bukan serbuk ye)
  • 1 tablespoon jintan manis
  • 2 tablespoon buah pelaga (ambil bijinya sahaja)
  • 1 cawan serbuk kari
  • 10 tangkai cili kering (ikut suka)
  • Bahan-bahan:
  • 500 gram daging kambing biri-biri
  • 10 biji bawang merah
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 50 g halia
  • lengkuas sebesar ibu jari
  • 4 biji kentang dipotong kiub (saiz sederhana)
  • 1 tin susu sejat
  • garam & gula secukupnya
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Rempah tumis, ketumbar, jintan, cili kering dikisar kering sampai halus & ketepikan
  • Daging dipotong kecil-kecil & digaul dengan biji pelaga (biji kat dalam – kulit tu dibuang) untuk hilangkan hanyir
  • Gaul dengan sedikit rempah yang dikisar tadi & sedikit serbuk kari. Perap dalam peti sejuk sementara menyediakan bahan lain
  • Semua bawang, serai, halia, lengkuas dikisar
  • Bancuh serbuk kari dalam air secukupnya
  • Panaskan minyak & tumiskan rempah kering yang dikisar kering tadi.
  • Bila bau dah naik, masukkan bancuhan serbuk kari & air tadi. Tumis hingga masak.
  • Masukkan bahan kisar bawang, serai, halia & lengkuas tadi. Guna suhu perlahan & tumis hingga betul-betul masak.
  • Masukkan daging. Kacau hingga daging bertukar perang & masukkan 500 ml air. Masukkan kentang.
  • Biar mendidih pada api kecil (dapur gas) atau suhu 130 darjah celcius (dapur elektrik)
  • Akhir sekali masukkan susu sejat, garam & gula secukup rasa. Biar mendidih perlahan hingga kuah pekat. Boleh dihidangkan. Sesuai dimakan dengan roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago