:: Kari ikan tongkol dgn terung::

bagi penggemar kari ikan,boleh lah cuba resepi ini,simple tapi sedap.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

:: Kari ikan tongkol dgn terung::

bagi penggemar kari ikan,boleh lah cuba resepi ini,simple tapi sedap.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana(dibersih dan dipotong)
  • 2 biji cili merah(buang biji dan dibelah 2)
  • 2 biji terung(dipotong ikut suka)
  • segenggam daun kari
  • 2 biji tomato(belah 2)
  • 1 batang serai di titik
  • 5 sudu serbuk kari(di bancuh dgn air dan dicampur juga dgn 5 sudu cili boh)
  • 4 keping asam keping
  • garam/perasa/gula
  • Bahan tumbuk:
  • 3 biji bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • sebesar ibu jari halia
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar ketumbar
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak dlm periuk dan tumiskan serai dan bahan tumbuk hingga kekuninggan dan naik bau.masuk daun kari dan serbuk kari yg dh dibancuh dgn air tadi.gaulkan sampai pecah minyak,barulah dimasukkan ikan.selepas itu masukkan air,biar mendidih sebentar,kemudian masukkan terung,cili,asam keping dan tomato.nampak kuah agak2 pekat sedikit,barulah di masukkan garam,perasa dan sedikit gula.siap dihidangkan bersama nasi putih.selamat mencuba….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago