Sesuai untuk dimakan dengan nasi, roti canai/prata dan roti biasa…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Ikan Ala India

Sesuai untuk dimakan dengan nasi, roti canai/prata dan roti biasa…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan merah, dibersihkan dan potong ikut suka
  • 2 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 biji cili merah*(*dikisar halus)
  • 3 camca besar rempah kari ikan (saya guna rempah “Baba’s”)
  • Bahan tumis:
  • 2 ulas bawang putih, dihiris halus (kalau besar guna 1 ulas saja)
  • 4 biji bawang merah kecil, dihiris halus
  • 1 camca teh halba campur (terdiri dari halba, jintan putih/kasar dan biji sawi)
  • 2 tangkai daun kari
  • Bahan lain:
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 biji terung, dipotong dan goreng separuh masak
  • 3 biji tomato, dibelah dua
  • 1/2 cawan pati santan (guna santan kotak)
  • Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
  • 2 biji cili merah/hijau, dibelah dua tetapi jangan putus
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan, perap dengan asam limau dan garam, cuci bersih dan toskan. Satukan rempah kari ikan dan juga bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Gaul rata.
  • Panaskan 1/2 cawan minyak dalam periuk, tumis bahan tumis hingga wangi. Masukkan rempah yang telah dibancuh tadi dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api perlahan.
  • Masukkan air (kurang lebih 700ml, atau ikut suka), dan kacau. Biar hingga mendidih. Masukkan ikan, asam gelugor dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa jika suka.
  • Bila mendidih, masukkan pati santan, terung, tomato dan belahan cili hijau dan merah. Biar mendidih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN