Kari Ayam Utara ala Bonda

Masakan ini boleh dimakan dengan nasi, roti canai, capati, dan pulut kuning.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Ayam Utara ala Bonda

Masakan ini boleh dimakan dengan nasi, roti canai, capati, dan pulut kuning.

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong ikut saiz yang anda suka
    (hendaklah digaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam, dan diperap seketika)
  • 1 cawan santan dicampurkan dengan 4 – 5 cawan air
    (Kak Noor guna santan kelapa sawit Khalis; rujuk catatan Kak Noor mengenai santan ni)
  • Ubi kentang dibelah dua (kuantiti ikut citarasa)
  • 2 biji tomato (dipotong dua atau empat, bergantung kepada saiz tomato)ntuk isi bahan
  • 3 biji cili hijau
  • Garam, gula, dan perisa secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan-bahan A (untuk diblender):
  • 5 sudu besar rempah kari ayam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 sudu besar serbuk cili/cili kering yang telah dikisar
  • Bahan-bahan B (untuk ditumis):
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 2 ulas bawang putih dihiris
  • 3 inci halia dihiris
  • 2 batang kayu manis (ukuran @ 1 inci)
  • Klik di sini untuk isi bahan
  • 2- 3 kuntum bunga lawang
  • 2-3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 4 tangkai daun kari
  • 2 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan periuk dan masukkan minyak secukupnya. Tumis bahan-bahan B sehingga naik bau dan daun kari agak garing. Kemudian masukkan bahan-bahan A, kacau dan tutup periuk sehingga bahan-bahan rempah terbit minyak.
  • Memandangkan rempah agak pekat, masukkan sedikit air diikuti dengan ayam. Kacau sebati dan tutup periuk semula, biarkan lebih kurang 5 – 6 minit atau sehingga ayam ½ empuk. Masa ini air aroma ayam keluar dan bercampur dengan kuah.Klik untuk isi cara-cara di sini
  • Selepas itu masukkan santan, garam, gula, dan perisa dan kacau. Biarkan kuah mendidih. Kemudian masukkan ubi kentang dan masak sehingga empuk.
  • Akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau. Biar mereneh seketika dan kemudian angkat. Jangan sampai tomato dan cili hijau layu.
  • Untuk lebih banyak lagi resepi, sila layari http://www.sajiandapurbonda.blogspot.com

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago