Kanbas (Peria katak) masak taucu

Resepi sendiri di ilhamkan dari masak taucu ikan, gantikan dengan kanbas, pahit-pahit menyelerakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kanbas (Peria katak) masak taucu

Resepi sendiri di ilhamkan dari masak taucu ikan, gantikan dengan kanbas, pahit-pahit menyelerakan

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji peria katak sederhana besar
    Setengah batang timun
    5 biji cili hijau
    2 sudu makan taucu
    2 biji bwang kecil*
    2 biji bawang putih*
    1/2 inci halia*
    Semangkuk kecil air asam jawa
    1 biji bawang besar
    Sedikit gula untuk perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Hiris bahan yang bertanda *.
  • Potong peria kecil-kecil atau ikut suka saiz.
  • Timun juga potong kecil-kecil. Cili hijau di belah dua & bawang besar di potong bulat-bulat
  • Asam jawa di bancuh dgn air
  • Tumis bahan yang bertanda * sehingga kekuningan, masukkan taucu dan goreng sehingga garing sedikit, masukkan air asam jawa.
  • Bila dah mendidih masukkan peria tadi, kemudian cili hijau. Letak sesudu makan gula atau secukup rasa kedalam masakan, jangan tambah garam kerana taucu tu dah cukup masin, kacau-kacau bagi sebati, akhir sekali masukkan timun dan bawang besar. Kacau-kacau dan padamkan api. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago